Coretan YB NS dari Hiroshima..
Oh Sakura..
Jajaran indah membuai mata
Pesona mu mengalpa aku
Salju dingin damai yang mengujakan
Hembusan mengigit menusuk liang2 kecil
Terimbau sejarah dari bumi terbit mentari
Jarak jauh bukan kepalang
Ribuan batu bkn penghalang
Kau membelah samudera ganas
Tanah Melayu sasaran seteru
Kau perlaku moyangku apa saja
Dera, bunuh, perkosa jadi biasa
Kau rentap erti bahagia
Kau porakan mahkota perajaan
Kau memang zalim dan kejam
Kini aku di dadamu Hiroshima
Kau pernah hancur berderai
Lumat lunyai bak hembusan sahara
Kini kau gagah perkasa dan mewah
Kisah silam rahsia alam
Kau bingkas, tangkas dan pantas
Bistari berdikari dan menyendiri
Ramuan pengubat duka semalam
Rajin, tekun, amanah dan fatonah
Menjadi kunci melampiaskan dendam
Tega, maju, gagah dan makmurnu
Sesungguhnya Allah tidak mengubah
Nasib sesuatu kaum
Melainkan kaum itu sendiri
Ayuh bangsaku, saudara dan taulan
Kita juga bisa, kita juga berupaya
Hindari iri dan dengki
Hasad dan benci
Tautkan jamaah, ibadah dan pekerti
Kuatkan kudrat, iradat dan makfirah
Pasti bervisi di puncak legasi
Kembali bersemi gahkan pertiwi.
Sekadar coretan
Insan biasa Nor Saidi Nanyan
4.38 @ 280516#hiroshima
Saturday, May 28, 2016
Thursday, May 26, 2016
Nukilan YB NS sempena ulangtahun UMNO ke 70
Nukilan YB NS sempena ulangtahun UMNO ke 70..
Dirgahayu UMNO
Lahirmu kala pertiwi hilang arah
Bangsa tanpa wajah
Nenek moyang terhina
Dek dunggu tuntutan maknawi Lahir mu di istana besar Johor Bahru
Kau cuma biasa-biasa bukan bangsawan
Tidak gah, tidak kaya
Tiada pangkat
Tapi kau gagah dek semangat
Dek kesengsaraan
Insafi bangun daripada dina dunia..., mengungkap 1000 makna
Kau padu atas untaian temali bangsaku
Jamung keramat membakar
Memacu roh perjuangan
Bangsaku kau satukan
Petualang dan penjajah kau tunjuk jalan keluar
Bukan kepalang jerih juangmu
Kau tega bebaskan aku, kami dan kita semua
Kau kembalikan wajah bangsaku
Kau pacakkan panji watan tercinta
Kau mahkotakan putera di peterakna singgahsana
Kau daulatkan tauhid Yang Esa
Kau daulatkan bangsa yang dipecacai
Kau daulatkan tanah pusaka ini
UMNO apalah dosa kau
Saban waktu dicaci penuh hina
Ku sedar kau bukan maksum
Tapi hakikatnya kerana kau lah
Sahara hijau, kerana kaulah kelam malam suluhan cahaya
Tika menghitung jasa budi dan baktimu
Perutmu lahirkan bunga-bunga bangsa
Tanganmu memacak pencakar kebanggaan
Kakimu jejaki hamparan jajaran membelah banjaran gunung-ganang
Dayungmu membelah samudera ganas
Apa lagi, siapa lagi, bila lagi dan lagi-lagi
Kini di kala 70 tahun usiamu
Kau tetap tega
Menebarkan lembayungmu
Menjadi teduhan semua
Apa jua cercaan,walau berjuta cacian...
Anak-anakmu ini diwaris-walikan
Pusaka buat watan di hari muka
Kerana kami telah ditiupkan azimat...,
Sesungguhnya takkan Melayu hilang di dunia dan siapalah Melayu tanpamu UMNO
Hakikatnya UMNOlah pasangan Melayu itu....,
dalam meneruskan agenda ABATA iaitu perjuangan utk Agama, BAngsa dan TAnahair...
Nukilan drp insan biasa Nukilan Nor Saidi Langkawi 11 Mei 16

Nukilan YB NS sempena Hari Guru 2016
Nukilan YB NS sempena hari guru.. Mei 2016
Cikgu tiada lafaz yg seindahnya untuk kugambarkan
betapa besarnyanya jasa pengorbanmu kepadaku dan kpd semua yg lain.
Tika ini aku membayangkan seandainya aku tanpamu cikgu apa akan jadi kpdaku,
begitu juga seandainya kami semua tanpa cikgu apa akan jadi kepada kita semua.
Saat ini akan terkenangkan guru2ku yang telah pergi buat selamanya
aku anak kampung yang hanya bergelumang dengan lumpur,
kerbau dan sawah padi tidak bercita2 seperti mana orang lain.
Hidup bagiku cukup sekadar makan, pakai dan mewarisi tinggalan atuk dan nenekku.
Tapi segalanya berubah apabila aku mengenali insan2 hebat cikgu2 yang mendidik dengan tarbaih keinsanan seorang guru yg sebenar yg takbdapat aku titipkan satu persatu.
Akhirnya aku sedar keranamu cikgu bahawa aku mesti berubah dan berilmu.
Tapi sayang sebahagian drp mereka telah tiada dan sebahagian lagi aku tidak tahu di mana.
Buat guru2ku Ketahuilah olehmu cikgu anak didikmu ini amat menghargai dan menyanjung tinggi jasamu kerana cikgulah saya di sini, kerana cikgulah saya jadi manusia, kerana cikgulah saya akan terus berbakti.
Ya Allah berkatilah guru2ku dan semua guru dengan ganjaran pahala dan permudahkan urusan mereka kau ampukan dosa2 mereka. Ya Allah andai ada sekelumit pahala dari aku anak murid mereka Kau panjangkanlah pahala ini buat cikgu2ku.
Amin. Al fatihah.
Coretan YB NS (15-06-2016)

Nukilan YB NS - Persimpangan Maknawi
Nukilan dari sahabat saya YB NS,
Persimpangan Maknawi
Kudus mu ceritera lagu alam
Khabarkan utusan tinta pena
Desiran menyapa khabar berita
Merangkaikan di perkampungan jagat
Merungkaikan bumgkam di jauhari alam
Dulu
Pantun, bidalan dan simpulan
Bak dan umpama mengiramakan peradaban
Sapaan dititip hemah menusuk kalbu
Citra kasih menarik rambut dalam tepung
Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak
Halus, menusuk, berhemah dan berhikmah
Banyak lagi puitis indah penghubung bicara dengan watan Melayu
Pusakai zaman berzaman
Warnai itulah tenda Melayu
Mukjizat zaman berzaman
Itu dulu
Kini irama tari kita sudah berbalik
Medan medium bertukar arah
Metafora bak laksana
Personafikasi tiada lagi kidungnya
Kini
Kita bisa bicaranya terus,
Tegurnya langsung,
Cerca hinaan juga tiada batasan
Umpat keji mainan dewaan
Siapa gundah
Siapa yang ubah
Siapa yang berubah
Siapa yang rebah
Apa jua jawapanya tidak penting
Yang pentig lunas diri kita
Yang penting tunas jati kita
Yang penting adap adat kita
Yang penting dosa pahala kita
Yang penting agama dan wajah bangsa kita
Di darsawarsa muka di mana
Pastinya khilaf tetap dosa
Jadinya laba bawa pahala
Alam nyata pasti berkata
Alam baqa pasti dibicara
Pisau juga senjata
Pisau juga penyaji
Pisau bisa pengubatnya
Pisau bisa pembunuhnya
Antara intan permata dan kaca
Maknawi yg kenal manikamnya
Kita bisa mengubah
Nur ilmu, akal dan iman
Pasti yang hak tetap hak
Batil tetap batil
Sekadar coretan
Insan biasa Nor Saidi Nanyan
7.27@270516 #Narita Jepun

Subscribe to:
Posts (Atom)