Nukilan YB NS sempena hari guru.. Mei 2016
Cikgu tiada lafaz yg seindahnya untuk kugambarkan
betapa besarnyanya jasa pengorbanmu kepadaku dan kpd semua yg lain.
Tika ini aku membayangkan seandainya aku tanpamu cikgu apa akan jadi kpdaku,
begitu juga seandainya kami semua tanpa cikgu apa akan jadi kepada kita semua.
Saat ini akan terkenangkan guru2ku yang telah pergi buat selamanya
aku anak kampung yang hanya bergelumang dengan lumpur,
kerbau dan sawah padi tidak bercita2 seperti mana orang lain.
Hidup bagiku cukup sekadar makan, pakai dan mewarisi tinggalan atuk dan nenekku.
Tapi segalanya berubah apabila aku mengenali insan2 hebat cikgu2 yang mendidik dengan tarbaih keinsanan seorang guru yg sebenar yg takbdapat aku titipkan satu persatu.
Akhirnya aku sedar keranamu cikgu bahawa aku mesti berubah dan berilmu.
Tapi sayang sebahagian drp mereka telah tiada dan sebahagian lagi aku tidak tahu di mana.
Buat guru2ku Ketahuilah olehmu cikgu anak didikmu ini amat menghargai dan menyanjung tinggi jasamu kerana cikgulah saya di sini, kerana cikgulah saya jadi manusia, kerana cikgulah saya akan terus berbakti.
Ya Allah berkatilah guru2ku dan semua guru dengan ganjaran pahala dan permudahkan urusan mereka kau ampukan dosa2 mereka. Ya Allah andai ada sekelumit pahala dari aku anak murid mereka Kau panjangkanlah pahala ini buat cikgu2ku.
Amin. Al fatihah.
Coretan YB NS (15-06-2016)
No comments:
Post a Comment